Bunyinya saja sudah cukup menarik bagi pengguna Linux untuk pen-test. Tapi saya tidak akan menceritakan panjang mengenai BackTrack 4 Final kat sini. Langsung terpesong dari tajuk saja. Saya tahu sudah berlambak tutorial yang telah ada di internet tetapi saya nk post juga kat blog saya. Boleh jadikan kenang-kenangan.
Saya menggunakan Acer Aspire 4530 (standard cuma RAM nya sudah tambah sebanyak 1GB menjadi 2Gb semuanya). Saya install menggunakan live DVD yang di download dari Softpedia. Saya sudah bagitahu lokasi untuk download BackTrack 4 Final di post sebelumnya. Jadi klik saja sini untuk pergi ke post tersebut.
Keperluan yang perlu ada ialah:
1-Blank DVD
2-Free Partition(2 unit). Nanti saya jelaskan beserta saiznya.
Apa yang anda paling anda perlukan ialah DVD kosong atau Blank DVD. DVD ini akn digunakan untuk dijadikan live DVD atau "media" untuk install BackTrack 4 Final tersebut.
Download BackTrack 4 Final.iso nya di sini
Sambil menunggu file itu siap di download, bolehlah anda kosongkan partition terlebih dahulu dengan menyimpan di partition lain. Yang bagus nya anda mempunyai 12GB of free partition. Bermakna jika anda mempunyai 2 partition di Windows(normalnya Local Disk C & Local Disk D), and perlu lah shrink terlebih dahulu Local Disk D anda itu(Local Disk C tidak boleh di-shrink begitu saja). Untuk menyenangkan kerja, anda boleh menggunakan Partition Magic untuk edit Local Disk D anda itu.
NOTE: BACKUP data anda terlebih dahulu sebelum berbuat apa-apa.
Setelah backup file selesai, barulah selamat untuk anda edit partition tersebut. Contoh yang saya ambil ialah begini:
Local Disk D anda bersaiz 100GB. Bahagikan kepada 2 bahagian iaitu 12GB(baru dan untuk BackTrack) dan 88GB(untuk dijadikan Local Disk D semula). Selepas itu, bahagikan pula partition 12Gb itu tadi kepada 2 bahagian pula. Contoh 10GB dan 2GB. 10GB adalah untuk system dan 2GB adalah untuk swap.
OK, harapnya anda sudah selesai dengan partition anda itu. Kebetulan pula BackTrack 4 Final.iso itu siap di download(gambaran). Terus anda buka Nero dan pilih DVD. Untuk burn, jangan di-burn begitu saja(data DVD) tetapi anda hendaklah burn ke image DVD. Pilih speed yang paling perlahan kerana perlahan adalah lebih selamat.
Selesai burn BT4F(BackTrack 4 Final) itu tadi,masukkan ke CD/DVD ROM anda dan restart laptop anda itu. Secara normal nya, DVD itu tadi boleh di load terus untuk memulakan installation BT4F. Jika laptop tidak boot dari CD/DVD ROM, perlulah anda reboot sekali lagi dan pada gambar ACER itu, cepat-cepat tekan F2. Itu bermakna anda masuk ke sistem BIOS. Pada tab boot, sila pastikan CD/DVD ROM berada di paling atas dengan menekan "F5/F6". Setelah itu tekan F10 untuk save dan exit.
Seterusnya laptop akan restart sekali lagi dan boleh boot DVD BT4F.iso itu tadi.(kerana anda sudah set 1st boot nya dari CD/DVD) Tekan apa-apa saja "key" pada keyboard untuk continue boot from DVD. Seterusnya, tengok gambar di bawah ini:
NOTE: Setelah berjaya boot dari DVD itu tadi, pilih dan tekan apa-apa saja yang default nya. Yang penting menu yang keluar. Pilih yang paling atas. Selepas itu, muncul lah gambar ini:
Gambar mula-mula di BT4F. Klik start.sh untuk memulakan installation.
Ini untuk pilih lokasi. Boleh ubah selapas siap install. Tekan Foward saja.
Ini untuk keyboard layout. Pilih yang default saja. Boleh ubah selepas siap install.
Ini untuk pilih cara/lokasi installation. Pilih yang bawah sekali(manual)
Pilih partition untuk install BT4F system file. Kalau ikut contoh kita tadi, pilih yang 10GB.
Tanda(check) untuk format dan pilih / sebagai root(system)
Tengok hati-hati biar "sama" dengan gambar di bawah ini dan klik foward.
Di sini paling penting juga. Check boot loader untuk di install di mana. Atau jangan ubah apa-apa untuk lebih selamat(biar system buat)
Klik Install untuk mulakan BT4F installation.
Installation yang normal berjalan seperti gambar di bawah.
Installation pada 36 peratus. Tunggu saja.
Cukup 100 peratus,akan keluar dialog box seperti di bawah ini. Sila pilih restart untuk guna BT4F secara installed on Hard Disk.
Sampai screen mengarahkan supaya anda keluarkan DVD BT4F, tekan enter dan baru keluarkan DVD tersebut. Anda akan lihat ada pilihan untuk pergi ke Microsoft Windows Xp atau "Ubuntu". Ubuntu itu sebenarnya BT4F. Cuma title pada GRUB nya saja ditulis Ubuntu. Tak percaya?? Cuba pilih dan tekan. Harapnya selesai lah BT4F installation to Hard Disk or Disk Drive.
0 komentar:
Posting Komentar